Frequently Asked Questions
Berapa isi kandungan shampoo ini?
Sebotol Petals shampoo 100ml. Boleh guna sehingga 5-10 kali untuk rambut lebat dan panjang.
Berapa lama warna tahan pada rambut?
Sekali penggunaan, warna tahan pada rambut sehingga 1-2 bulan.
Cara guna & berapa kali kekerapan untuk guna Petals shampoo?
Guna 1-2 kali saja sebulan, tidak perlu guna setiap hari. Hanya ratakan terus Petals Shampoo ke atas bahagian rambut yang beruban tanpa perlu campur dengan air. Biarkan 15 minit kemudian bilas sehingg bersih.
Berapa lama boleh nampak kesan?
Kesan serta merta sepantas 15 minit selepas guna Petals shampoo ni.
Lulus KKM ke Petals shampoo ini?
- Petals shampoo Lulus KKM.
- Nombor Notifikasi KKM Black NOT240104787K & NOT240103628K
- Nombor Notifikasi KKM Darkbrown NOT240104785K & NOT240103887K
- Anda boleh semak di web NPRA.
Lulus HALVEC (Makmal panel jakim) ke?
- Petals Shampoo mendapat kelulusan dari HALVEC (Makmal Panel JAKIM) dan bebas daripada bahan tidak halal.
- Halvec Laboratories Sdn. Bhd. (Halvec) beroperasi sebagai makmal perkhidmatan bertauliah ISO17025 di Malaysia. Makmal ini menawarkan perkhidmatan ujian dan pengesahan meliputi skop Ujian Halal, Ujian Toyyiban dan Ujian Etika. Protokol analisis yang Halvec gunakan adalah diakreditasi di bawah ISO 17025 yang memastikan ketepatan, integriti dan kebolehpercayaan keputusan. Halvec sentiasa menyokong standard tertinggi integriti, ketepatan dan kecekapan dengan mengambil bahagian secara tetap dalam program ujian kecekapan rasmi.
Petals shampoo ini sah dibawa solat?
Petals shampoo telus air dan sah wuduk kerana shampoo ini mengandungi ejen untuk hair color ini telus air. Antaranya adalah phenylenediamine dan paratoluediamine. Bahan tersebut berfungsi untuk membuka cuticle rambut supaya hair color boleh masuk ke dalam rambut dan telus air. Ianya bukan hanya duduk di atas lapisan rambut yang boleh membuatkan hair color itu tidak telus air. Peratusan bahan ini juga digunakan dengan kadar yang sesuai dan tidak menjejaskan rambut & kulit kepala.
Kulit kepala saya sensitive, macam mana nak tahu kalau produk ni sesuai atau tidak?
- Kami cadangkan untuk buat patch test pada kulit especially belakang telinga atau belakang leher terlebih dahulu :
- Calitkan sedikit Petals shampoo & sapu di bahagian belakang telinga atau belakang leher untuk 15 minit dan bilas
- Sekiranya tiada sebarang reaksi/kemerahan atas kulit tersebut dalam masa 24 jam, bermakna tiada alahan dan boleh teruskan proses warna rambut.
Petals pos guna kurier apa dan dari mana?
Kami buat pengeposan dari Shah Alam, Selangor melalui perkhidmatan kurier Ninjavan ke seluruh Malaysia dan Singapore.